Pinkie Blue
Diary Owner Links Stuff


Disclaimer

I'm Shahira

Networks

: Nurul Shahira Saidin
: shyrx_ms
: shyrx_ms
Flashback


Chatboard


Replace With Your Cbox Code

Big Claps

© 2014 - Full Template by Azzahra Coding by Revita. Pictures by WHI. Edited by Tsabbita. All Reserved
episod 2
Monday, 5 November 2012 | 0 Miku(s)

 
     akibat kepenatan, Shyra Lafissya tertidur sampai keesokkan harinya. tiada sesiapa yang sudi mengejutkan dia kerana kedua-kedua ibu bapanya tiada di rumah. Daddy sekarang sedang berada di London. katanya, ada projek terbaru di sana. mummy pula baru berangkat ke Korea pagi tadi kerana menghadirkan diri ke kursus di sana.
      inilah akibatnya parents bekerja. kerja,kerja, kerja. tu saja yang penting . aku ni apa? anak terbiar ke? rintihan hati Shyra Lafissya.
      Shyra Lafissya merupakan anak tunggal dalam keluarganya. hidupnya amat sunyi. jikalau orang lain, mempunyai akak, abang dan adik. tetapi Shyra Lafissya  hanya ada laptop, Ipad dan Iphone, yang biasanya menjadi peneman setianya di rumah banglo tiga tingkat ni.
      kalau benda-benda alah tu boleh cakap takpela jugak ! ni diaorang mesti dah meluat tengok aku. asik-asik aku aje yang menghadap dia orang.
      apabila kebosanan melanda diri, Shyra Lafissya akan pergi ke sesuatu tempat. tempat di mana selalunya dia pergi ke sana. tatkala sedih, mahupun gembira.
      biasanya, perkara pertama selepas bangun daripada tidurnya masa dia couple dahulu, Shyra Lafissya mesti akan mencari Iphonenya tu. Iphone tu memang wajib baginya. mahu dia mati kalau tak jumpa Iphone kesayangannya tu. tetapi sekarang, Iphone itu wujud lagi tidak Shyra Lafissya tidak tahu.
      tiba-tiba hari ini, Shyra Lafissya mencari Iphonenya. dia tidak tahu mengapa hatinya terdetik begitu.
      ada lima mesej? sepuluh misscalled? siapalah yang rajin sangat buat mesej dengan misscalled banyak-banyak ini? memang aku tabek lah dengan dia. mentang-mentang takde kerja . nanti aku bagi kerja dekat dia baru tahu !
     Shyra Lafissya pun membukanya.
     Dzul? lelaki tak guna itu? dia nak apa lagi ? sibuk kacau hidup orang aje.
  
   Sayang, I mintak maaf, I tahu I salah, I nak couple dengan You balik boleh?
  
   Kenapa You tak reply? You marah dekat I ke?
  
   I sayangkan You.
  
  You..

    Shyra Lafissya terkejut seketika. memang dia masih sayangkan lelaki itu. tetapi hatinya sudah cukup sakit. sakit sangat. kejadian minggu lalu memang melukakan hatinya . sememangnya hati perempuan lembut dan senang terluka seperti Shyra Lafissya. 


Kejadian seminggu yang lalu,
     hari ini, Shyra Lafissya mengambil keputusan untuk keluar mengambil angin bersama Nur Liyana ke shopping mall terdekat. sudah lama dia tidak membeli -belah. hampir sebulan dia tidak menjejakkan kaki di sini. rindunya dengan Suria KLCC ni !
     "Sya, banyak duit kau. belanja aku sikit. tak luak pun . " tegur Nur Liyana.
     " kau nak apa ni? aku belanja. jangan mintak satu shopping mall ni sudah " balas Shyra Lafissya sambil menunjukkan kad kreditnya yang diberi oleh mummynya. kad kredit merupakan benda yang paling penting ketika berbelanja selain daripada duit.
      "kalau shopping mall tak boleh, aku nak semua barang yang ada dekat sini. boleh? "
       "woiii, pokai lah aku ! banyak cantik muka kau nak semua "
       "hahaha.. just kidding lah . don't be mad lah. Eh, wait.. itu Dzul kan? siapa perempuan dekat sebelah dia tu? alah, yang jalan rapat-rapat dengan Dzul tu . kakak dia ke? " kata Nur Liyana sambil menundingkan jarinya ke arah lelaki itu.
       hah? perempuan? mana-mana? setahu Shyra Lafissya , Dzul merupakan anak tunggal dalam keluarganya . siapakah perempuan itu? Shyra Lafissya tidak pernah melihat perempuan ini sebelum ini.
     "kau tengok je? pergi lah tegur . BF sendiri kan? "
     Shyra Lafissya pun berlalu daripada situ meninggalkan Nur Liyana keseorangan. dia ingin mengetahui siapa perempuan itu . tetapi, sebelum itu, baik Shyra Lafissya mengekorinya dahulu. dia tidak mahu syakwasangka bukan-bukan terhadap Dzul.
    Shyra Lafissya mencuri dengar perbualan Dzul Iqram dengan perempuan itu .
    "honey you nak I belanja apa? I akan belikan untuk you"
    "sayang, suka hati you lah. I tak kisah. lagipun dah banyak sangat kita shopping ni. nanti tak cukup pula nak pegang . hehe"
    honey ?sayang? apa makna semua ini? berpegang-pegangan pula tu. aku dengan Dzul pun tidak pernah berpegang-pegangan . sebab aku tahu itu semua dosa. memang aku tak pakai tudung, tetapi aku taklah jahil sangat . diaorang couple ke? jangan-jangan perempuan ni nak merampas Dzul. hati Shyra Lafissya terdetik.
     "dari mana you dapat duit banyak-banyak ni? parents you bagi ke? baiknya " soal perempuan itu sambil membelai-belai rambutnya yang agak panjang itu. ingat dia cantiklah tu ! menyampah !
      "actually, I ada orang nak bagi I duit. hampir setiap hari I dapat duit daripada dia. memang dia baik sangatlah. perempuan kolot . hahaha. "
       ya Allah, itu aku ke? aku bagi duit dekat lelaki itu, tetapi dia sia-sia kan sahaja? kenapa aku boleh termakan pujuk rayu nya? bodohnya aku.
       "oh, patutlah you kaya semacam je. padahal umur you muda lagi. I love you. "
       " I love you too, honey."
       sedang Shyra Lafissya memerhati babak romantik tu, dia terlanggar dengan seorang wanita. barang wanita itu jatuh. lalu, Shyra Lafissya menolongnya dan meminta maaf atas kesilapannya. tindakan Shyra Lafissya itu disedari oleh Dzul Iqram.
      apa? Sya nampak aku dengan perempuan ni? mampus aku kali ni ! marah Dzul Iqram, tetapi hanya dalam hatinya. tidak diluahkan.
      "Sya..." kata Dzul Iqram sambil memandang Shyra Lafissya.
       Shyra Lafissya terpana .
      "awak buat apa dekat sini?" reaksi Dzul Iqram agak gemuruh. tetapi dia buat cool sahaja di hadapan perempuan itu.
      "siapa perempuan ni? skandal baru awak ke? tahniah lah "
      "you, siapa perempuan ni? ganggu date kita aje. " perempuan itu mencelah.
      "kawan I je. okeylah Sya, I nak pergi dulu ni. jangan ganggu I dengan dia okey"
       perasan ! aku mana nak ganggu dia. aku tanya aje. dah lah pakai duit aku. kalau aku tak izinkan, duit tu tetap duit haram. marah Shyra Lafissya di dalam hatinya.
       "okey, fine. I know who are me. dan saya tak akan ganggu hidup awak dengan perempuan ni lagi. semoga berbahagia hingga ke anak cucu" balas Shyra Lafissya dengan perasaan geram.
        hati Shyra Lafissya sedih, pilu, dan kecewa . apa ertinya cinta tanpa kesetiaan dalam sesuatu hubungan? dia rasa cinta macam itu tidak akan berkekalan . baik dia putus sahaja dengan Dzul Iqram.
      cinta tak harus memiliki. kalau sudah tiada jodoh, baik kita tidak perlu diteruskan.
      fikiran Shyra Lafissya terganggu apabila dia menyedari yang dia belum membaca mesej lagi satu. siapakah yang menghantarnya? yang pasti bukan Dzul Iqram.
      Danial Darwisy? lelaki itu? Shyra Lafissya pun membaca mesej itu.
    
     awak sibuk?
   
     okey, takde apa-apa yang penting pun. ingatkan apa benda lah.
     kedengaran bunyi ketukan pintu berulang-ulang kali . nak roboh pintu rumah aku jadinya. ada loceng tak nak tekan. ataupun buta sampai tak nampak loceng tu? lalu Shyra Lafissya membukanya.
     "Sya ! "
     Dzul Iqram? asal dia datang sini ? nak meminta belas kasihan ke? pergi balik laa !
     "awak lagi? sudah lah tu. jangan ganggu hidup saya lagi . awak dah ada perempuan itu,nanti apa pula kata dia. awak kena ingat yang saya dah tak ada apa-apa lagi dengan awak" terus terang Shyra Lafissya berkata tanpa memikirkan hatinya. kalau difikirkan tentang hati, mahu hancur hidupnya selepas ini .
     "I sayangkan You . You seorang aje yang ada dalam hati I."
      eleh, nak menipu lagi ke? habis tu kau nak campak dekat mana perempuan yang kau suka gila-gila tu? tepi longkang? ingat perempuan ni permainan ke yang boleh dimainkan bila ada mood, bila tiada mood, terus dibuangnya.
      "tolong keluar daripada rumah saya ataupun nak saya panggil pengawal untuk halau awak." nada Shyra Lafissya mulai meninggi. dia tidak senang dengan kehadiran Dzul Iqram.
      "please.." rayu Dzul Iqram
      "get out from my house ! " Shyra Lafissya mulai menjerit.
      "okey, fine ! aku tak kisah pun dengan minah macam kau ni. jual mahal sangat. tetapi, nanti jangan melutut mintak couple dengan aku balik ! " riak wajahnya sombong.
      macamlah aku nak mintak  couple dengan kau balik. mati hidup semula pun aku tak nak !
      "aku ada harga diri, takkanlah aku nak melutut dekat depan playboy macam kau ! siapa kau hah? kau ingat kau tu handsome sangat ke? aku pun tak hairan langsung dengan lelaki macam kau. ramai lagi lelaki yang ada dekat luar tu " Shyra Lafissya mulai berang. tidak boleh diberi muka dengan lelaki macam ini.
      "perempuan, kau memang....." tangannya hampir menghala ke muka Shyra Lafissya. namun, dia menepisnya.
      "baik kau pergi daripada rumah aku. lelaki tak guna macam kau tak berhak datang ke sini. pergi belah lah kau ! "
      Selepas Shyra Lafissya mengatakan begitu, Dzul Iqram pun merentap tangan Shyra Lafissya lalu menjatuhkannya ke lantai. dasar lelaki dayus !
     "terima kasih atas duit kau selama ini. aku tak rugi apa-apa kalau kau lepaskan aku pun" Dzul Iqram memang mencabar iman Shyra Lafissya. darah mula meninggi .jangan kena darah tinggi sudah !
     "setakat duit yang tak seberapa tu kau ingat aku kisah ke? kau tu lagi lah, dah lah miskin. tidak sedar diri pula tu. selama ini kau menumpang duit aku aje. jangan perasan kaya lah "
      tiba-tiba Dzul Iqram menarik lengan Shyra Lafissya . dia tidak mampu untuk melepaskannya. genggamannya sangat kuat . tenaga seorang perempuan tidak mampu mengatasi tenaga seorang lelaki . lalu, Dzul Iqram membawa Shyra Lafissya ke sesuatu tempat. tempat di mana biasanya Shyra Lafissya pergi. lalu dia melepaskan Shyra Lafissya.
     "perempuan, kau memang nak cari pasal kan?  " nampaknya Dzul Iqram sudah naik angin. perang hampir meletus. mungkin.
     "kau ke atau aku yang cari pasal? kau lah kan. datang rumah aku tanpa diundang,tiba- tiba tarik aku sampai sini. "
     "apa masalah kau perempuan?" 
     " aku tak pernah cari masalah dengan kau. kau tu yang cari pasal dulu dengan aku ! " memang betul kata Shyra Lafissya . siapa suruh cari dia.
      "Shyra, kenapa ini? siapa dia?" tiba-tiba Danial Darwisy muncul di hadapan mereka berdua.
       "hei lelaki, kau boyfriend baru Sya ke? jaga perempuan ni baik-baik . dia ni tak reti nak berbudi bahasa betul." tipu Dzul Iqram.
       sial ! pandai kau mengutuk aku ye. pantang ada masa je kau nak memalukan aku depan lelaki ni. kau yang cari masalah dulu, tetapi aku pula yang kena. jangan putar belitkan cerita lah.
      "hah? Shyra tak macam tu. dia bukan macam tu. kau jangan nak tabur fitnah dekat dia. " ujar Danial Darwisy.
     "kau orang baru, kau takkan tahu sifat sebenar Sya. dia talam dua muka. " Dzul Iqram terus menipu dan menipu. ingat dapat pahala ke kalau menipu macam ni?
     "what ever lah, yang penting kau pergi sekarang. jangan ganggu Shyra" Danial Darwisy menghalau Dzul Iqram.
     "okey. fine!" Dzul Iqram pun pergi.
      bayang Dzul Iqram mula hilang pada pandangan Shyra Lafissya. dia berasa lega. alhamdulillah.
     "maaf sebab tadi. dan terima kasih sebab bantu saya" Shyra Lafissya hanya memandang ke bawah. tiada kekuatan hendak melihat wajah Danial Darwisy.
     "it's okey. siapa lelaki tadi? ex awak ke? "
     Shyra Lafissya hanya terdiam. tiada perkataan yang bisa terkeluar daripada bibirnya. lidahnya menjadi kelu apabila dihadapkan pertanyaan begini. dia tidak tahu mengapa dia jadi begini.lalu, dia hanya mengangguk sahaja tanda betul.
    "dia nak apa daripada awak ? kenapa sampai bergaduh? betul ke apa yang dia tuduh awak tadi?" soalan demi soalan ditanya oleh Danial Darwisy .
     "dia yang cari pasal dengan saya dulu. dia datang rumah saya tadi, lalu dia heret saya sampai sini. tak kuasa saya nak layan dia ! "
     " oh, walaupun saya tidak tahu apa punca sebenarnya, saya harap awak dapat bersabar"
     sabar? sabar ada tahapnya. siapa yang tidak hilang sabar kalau jadi begini? tambah-tambah lagi Shyra Lafissya ni perempuan. perempuan memang kuat emosinya.
     tiba-tiba air mata Shyra Lafissya mengalir. namun, cepat-cepat dia menyekanya, dia tidak mahu Danial Darwisy melihat dia menangis lagi.
     "awak menangis ke?" tekaan Danial Darwisy .
     "tak lah, mata saya masuk habuk " bohong Shyra Lafissya. dia cuba meniup-niup matanya yang tidak dimasuki habuk itu.
     "oh, awak okey kan?"
     apa jenis soalan ni? dia nampak aku macam orang nak masuk wad ICU ke? setahu aku, aku masih sihat walafiat. ataupun, pada mata dia ni nampak aku macam orang kurang upaya? alahai...merepek aje Shyra Lafissya ni.
     "mestilah okey"
     "hahaha. mana tahu awak ada tercedera semasa bergaduh tadi. lelaki kan ganas sikit"
     "saya okey lah. takde apa-apa pun yang mencederakan saya tadi.. bukan dia bawa parang pun" Shyra Lafissya membalasnya sambil menghadiahkan sebuah senyuman.
     jauh di sudut hatinya mahu membenci Dzul Iqram. hatinya masih berkata bahawa dia amat menyanyangi lelaki itu. dia tidak tahu mengapa perasaan itu masih wujud lagi .
    perempuan memanglah susah nak melupakan orang yang dia sayang.
   "maaf, saya kena balik dahulu. dah tengah hari ni" alasan semata-matanya.
   "nak saya temankan awak balik? "
   "it's up to you. saya okey aje. "

   Shyra Lafissya mengorak langkah ke rumahnya. tidaklah terlalu jauh daripada tasik itu. dekat aje. jalan kaki pun tak mandi peluh bagai tu .
   Danial Darwisy hanya mengikuti Shyra Lafissya . dah dia bagi aku ikut, aku pun ikutlah. dahlah susah nak dapat peluang keemasan ni.hehehe .
  sampai di rumah, Shyra Lafissya mengajak Danial Darwisy masuk ke rumahnya dulu. dia tetamu kan? jadi kita kena buat baik kepada tetamu, bukannya menghalaunya selepas dia menemankan Shyra tadi .
   "parents awak ada ke ni? " Danial Darwisy memandang sekeliling rumah Shyra Lafissya.
   "parents saya ada dekat luar negara dan saya anak tunggal. jadi, tiada sesiapa yang ada dekat rumah kecuali pembantu rumah dengan Pak Mat"
   "ohh..patutlah. so, ada kita berdua je lah ni dekat ruang tamu ni? " tanya Danial Darwisy.
   "yup " jawab Shyra Lafissya .
   berdua? apa? tapi takkanlah boleh berlaku macam -macam punya. setahu aku Danial ni daripada orang yang baik-baik sahaja .bukannya lelaki dayus ataupun lelaki yang tahu menjatuhkan maruah perempuan lain. fikir positiflah wahai Shyra Lafissya.
    Shyra Lafissya meminta izin ke dapur sebentar. niatnya ingin mengambil makanan ataupun minuman untuk Danial Darwisy.maklumlah, lelaki tu baru menolong dia.
   lalu, Shyra Lafissya mencampai pinggan, dan menyendukkan nasi goreng yang dibuat oleh Mak Cik Timah , pembantu rumahnya. dia juga menuangkan air yang ada di dalam peti ais untuk diberikan kepada Danial Darwisy. mungkin juga dia tengah kehausan. ceh.. macam lah susah sangat nak bantu aku tadi.
    "awak, ini sahaja yang ada dekat rumah saya sekarang. makanlah " Shyra Lafissya yang menatang dulang yang mengandungi sepinggan nasi goreng dan segelas air diletakkan di atas meja itu. dia amat berhati-hati agar dulang itu tidak akan terjatuh. malu dia nanti kalau dulang tu terjatuh dekat situ.
    "it's okey, ini pun sudah memadai. " tangannya sudah mencapai sudu. nampaknya macam lapar je dia ni. mungkin dia belum makan lagi.
     Danial Darwisy menjamu makanan yang disediakan dengan cepat. cepat lah juga rasanya. sebab Shyra Lafissya pun tidak mampu menghabiskan makanan sebanyak itu dalam masa yang singkat. mungkin juga sebab dia lelaki, lelaki kan cara makannya cepat. tak macam perempuan, sekali suap, sudah mulanya bergosip .
    "parents awak selalu takde dekat rumah ke? "soalnya selepas menyudahkan suapannya.
    "lebih kurang begitulah. biasanya daddy ada banyak projek dekat luar negara. kalau mummy, jarang lah juga dia ke luar negara. tetapi kali ini dia pergi dengan urusan kerja" jawab Shyra Lafissya dengan terang dan jelas.
    "oh, mesti bosan kan jadi awak? adik-beradik takde, parents pula sibuk dengan hal kerja.kesian awak.. "
    ada juga orang yang sudi memahami nasib aku ni. walaupun aku kaya, duit senang nak dapat, tetapi kebahagiaan amat sukar dicari. duit berlambak-lambak satu guni pun takkan guna apabila tiadanya kebahagiaan dalam hubungan keluargaan. detik hati Shyra Lafissya.
    "kesian je?"
    "yelah, habis tu nak apa lagi ? takkan awak nak saya untuk menemani hidup awak yang sunyi tu" gurau Danial Darwisy.
    Shyra Lafissya tergelak mendengar gurauan itu. walaupun ianya bukan lawak mana pun.
   "umur awak berapa ye?" soal Danial darwisy.
   " baru 18 tahun"
  " 18 ? betul ke?macam tak boleh dipercayai. lagipun muka awak bukan macam budak dah matang. "
   "yeke? saya tak rasa pun"
   eh? betul kan aku cakap? budak yang duduk sebelah ni, sebenarnya tingkatan berapa? janganlah buat aku pening wahai adik. hati Danial Darwisy berkata
   "tetapi, muka awak macam budak sekolah menengah . macam budak tingkatan 3 . "
   hah? budak tingkatan 3? kenapalah aku selevel begitu pada pandangan dia? budak-budak sangatkah aku ni? ataupun dia rabun dekat sehingga salah menilai aku? apa-apa je lah.
   "haah,baguslah tu. at least, saya nampak muda daripada umur saya tu. daripada awak tu, umur awak berapa?" geram pula Shyra Lafissya jadinya. ada ke patut cakap ikut sedap mulut. mesti tak bayar insurans ni?
   "umur saya baru 20 tahun. sorry lah kalau buatkan awak marah. " ujar Danial Darwisy.
   "okey, takpe. dah biasa dah" selamba sahaja Shyra Lafissya menjawab.
   Shyra Lafissya dan Danial Darwisy pun berbual-bual. banyak juga topik yang dibualkan. mereka seperti sudah rapat pula. sehinggalah jam dua petang, Danial darwisy meminta izin untuk pulang ke rumah. katanya, sudah terlalu lama dia berada di sini.
   "kalau ada apa-apa nanti, mesej saya ea. "
    Shyra Lafissya hanya mengangguk tanda setuju. takkan nak menggeleng pula kan? nanti banyak soal pula keluar dari mulut si Danial Darwisy ni.
   prihatin juga dia ni kan? padahal baru sahaja kenal. seronok pula mendapat kawan yang baik macam ini. yelah, sekarang, susah sikit nak dapat kawan, kadang-kadang ada juga yang talam dua muka.  depan kita aje baik, belakang? faham-faham je la maksudnya.
    selepas itu, Shyra Lafissya pergi ke tingkat atas dan memasuki biliknya. dia baring di atas katil. badannya amat letih. dan akhirnya, dia menutupkan matanya dan bermula lah memasuki alam mimpi.


OLDERNEWER


Post a Comment