Pinkie Blue
Diary Owner Links Stuff


Disclaimer

I'm Shahira

Networks

: Nurul Shahira Saidin
: shyrx_ms
: shyrx_ms
Flashback


Chatboard


Replace With Your Cbox Code

Big Claps

© 2014 - Full Template by Azzahra Coding by Revita. Pictures by WHI. Edited by Tsabbita. All Reserved
Trip To Medan (4 Days 4 Nights) -3-
Saturday 24 May 2014 | 0 Miku(s)

bersambung kepada tadi, maaf lah..keluar sebentar ...hehehe. selepas dah berhibur di danau toba, masa untuk meninggalkan tempat tersebut . agak sedih lah juga..sebab dekat sana rasa suasana udara yang agak bagus dan tiada pencemaran . macam kawasan kampung-kampung gitu...confirm korang tak menyesal kalau pergi sana :)) lepas je turun dari bot tu masuk bas rasa lapar sangat..almaklumlah masa otw balik tu sejuk lah juga dalam bot tu. well, atas antara gunung-gunung berapi............bawah tasik toba tu sebenarnya kawah gunung berapi.

*boleh tahan sedap juga makan dekat sini.. sebab masakan dia power dan masa kitaorang pergi kedai tu full dengan orang..kebanyakkannya orang malaysia.*

selepas makan, perjalanan diteruskan lagi menuju ke simarjarunjung hill (berbelit lidah menyebutnya) .. ketinggian lebih kurang 1800 meter dari paras laut.........dan sangat lah sejuk !!! tapi aku still cool je. even pakai t-shirt..hehehe . tapi best lah dekat atas sana. pemandangan dia cantik sangat.

*ibu dan ayah*

*ibu dan adik* 

*aku selfie sendiri pakai monopod . tapi macam orang lain yang ambilkan kannn??? julie kata pemandangan dia macam kat switzerland.....ehhhhh...salah ejaan ehh..hahahaha*

*diaorang minum teh dekat satu tempat atas simarjarunjung hill, aku lak selfie..yelahhh....malas nak minum*


*depan bas, adik aku sempat lagi bergambar dengan ayah aku xp *

*ibu sempat nak bergambar dengan bunga tu xp*

*jangan tanya mengapa aku tiada dalam gambar..aku sedih nihhhh........sebabnya  kerana aku terpaksa jadi jurukamera anda semua..kamera datang kepadaku..tsk tsk.....aku mengalah..cewahhhh..jangan buat drama okay !!! *

dahhh, turun semula ke bawah, takde lah bawah mana, cuma menuju ke berastagi, tempat suku kaum batak karo. keistimewaan batak karo adalah mempunyai rupa paras yang cantik. agak cantik lah juga aku tengok...hehe. 
*suasana perjalanan ke berastagi. lama juga tau..sekitar 4 jam..aku bosan deh masa tuuuu....sedih betul. aku duduk dalam bas berseorang tanpa wifi atau internet. ughh...aku malas nak beli simcard sana sebab rasa macam membazir je kalau beli even simcard sana murah sangat berbanding di malaysia.*

sebelum sampai ke hotel, shopping di air terjun sipiso-piso. shopping baju dengan topi je di sana. dan tiada satu gambar pun aku ambik dekat sana disebabkan keasyikan bershopping..hehehe. lagipun dekat sana ada anjing berkeliaran dekat sana, so aku nih dah lah seram sikit dengan anjing nih..so aku ikut saje family ke mana-mana.

*sampai sudah di hotel ketiga untuk malam ketiga. Green Garden Hotel, hotel bertaraf 4 bintang nih sangat cantik pemandangan dari luar. aku suka sangat hotel nih ! maaflah gambar agak goyang sedikit.*

*makan malam di hotel ini...sedapppp.......*

*lepas makan, aku usha hotel nih.. so itu lah hasil pemandangan hotel tersebut pada waktu malam. cantik kannnn??*

*kalau aku dekat medan, aku buat muka tak malu je mintak password wifi. dan itu lah password wifi sana. aku sanggup duduk dekat lobby hotel semata2 nak kan wifi nya.....*

HARI KEEMPAT 

*depan bilik dekat hotel greengarden hotel*

*selfie depan lobby hotel guna monopod. aku pakai baju orang medan tuhh, tapi tak sanggup aku memakainya di malaysia keranan malaysia agak PANAS*

*lepak dahulu di lobby*

*gambar dibuat kenangan . ibu aku dah suka menangkap gambar .hahaha*

kemudian , teruskan lagi perjalanan menuju ke pasar buah. di mana jual banyak buah. tapi aku tak pergi beli buah, namun beli baju lagi..hehehe..entah berapa banyak baju lah aku shopping, topi pun dibelinya...

*topi yang dibeli dalam 35ribu rupiah *

selepas habis jelajah ke berastagi, time to say bye2 and back to medan. tiada lagi kesejukan. sumpah rindu. arghh...yang tak bestnya dah dekat nak balik..betapa sedihnya :'( sampai di medan dalam linkungan tengahhari. jadi kita makan lagi ye...

*jus buah markisar paling sedap pernah aku rasa dalam hidup aku. pekat dan masam. i like it.*

*fashion outlet di mana barang berjenama di sana. memang mahal sama rate harga dengan malaysia, jadi kitaorang masuk dan usha2 je*

kemudian kitaorang dibawa ke medan mall, diberi 3 jam . huhhh, lama........tapi tempat tu yang paling bosan dan tidak menarik.baju pun takde yang menepati cita rasa. last2 lepak dekat dunkin donut dan beli baskin robbin . 
*kebosanan yang amat -_-*


kemudian, makan malam menjelma. julie tanya mahu makan dimana, nak cuba daging rusa.? so masing2 okay. dan kitaorang dibawa makan ke satu rumah makan china muslim rasanya. dan disitu lah buat kali pertama merasa daging rusa. not bad lah .

*semua menunggu makanan*

*teh china yang sungguh tidak menepati citarasa aku, takde rasa .ugh*

*akhirnya aku memesan jus markisar. agak sedap, tapi cair.tapi still boleh aku minum. *

masa menuju ke hotel, malam terakhir di medan dan juga merupakan malam minggu di sana. muda-mudi ramai keluar pada malam tu..kenapa aku tak bolehhh? tsk tsk...

*hotel keempat yang dinamakan hotel madani. hotel madani yang bertarafkan empat bintang dan merupakan hotel pertama berasaskan islam yg merupakan 4 bintang kalau tak silap aku. meeting macam dari negara2 islam lain banyak dibuat dekat sini. di samping mempunyai kedudukan yang strategik, ia juga ada tawarkan khidmat salun, dan banyak lagi lah. so kalau korang nak ke medan, ambik lah hotel nih ye...penyambut tetamunya pun handsome belaka...wkwkwkw*

*menunggu kunci . okay. bukan pakai kunci, tapi kad*

*disebabkan malam terakhir,mana syok tidur awal2. so aku dengan family mengambil keputusan untuk berjalan2 ke yuki pasar raya bersebelahan hotel madani. di sini lah banyak baju2 yang taste aku terkena..agak cantik dan paling penting tak ramai orang dan tak sesak. benci oh sesak2 . tak bebas nak berjalan sana sini.*

*selfie lagi*

HARI TERAKHIR   :(

hari terakhir, dah nak balik malaysia . lepastu exam. paper sej 3 pula tu.mana tak tension nya. 



*depan lif dan depan bilik kitaorang ada pemandangan tu, so jadi model lah lagi*


*sebelum meninggalkan lebih jauh bandar medan , kami singgah ke pasar ikan di mana jual baju, bukannya ikan. aku pun tak tahu asal digelar "pasar ikan" kat sini lah banyak cipta kenangan . dan seharian aku berjalan dengan budak tu. dah rapat konon....siap tanya nama aku bagai. dalam bas siap usha buku aku..hahaha. yg tak boleh blah, dy suka sangat usik aku........ errr..nasib la aku fikir kau nih baya adik aku je...hahaa*

*polonia airport again. bye medan.......*

*tiada orang sangat di polonia airport*

*kat polonia airport nih je boleh pilih seat mana yang korang suka sebab lengang sangat*

*bila dekat LCCT, fuhhhhhh......betapa panjangnya barisan nak masuk . patutlah banyak pendatang asing kerana tak sanggup nak menghadapi kepayahan beratur yang sangat ramai.*

*ini yang ku bawa dari sana. dah habis dah pun sekarang xp


selesai sudah. semua hanya tinggal kenangan. inshaAllah, kalau ada rezeki, awal tahun depan mahu ke bandung pula...okay..setakat tu je..byeeeeeee






















OLDERNEWER


Post a Comment