Disclaimer
![]() Networks
![]() ![]() ![]() Flashback
Chatboard
![]() Replace With Your Cbox Code Big Claps |
Trip To Medan (4 Days 4 Nights) -3- Saturday, 24 May 2014 | 0 Miku(s)
bersambung kepada tadi, maaf lah..keluar sebentar ...hehehe. selepas dah berhibur di danau toba, masa untuk meninggalkan tempat tersebut . agak sedih lah juga..sebab dekat sana rasa suasana udara yang agak bagus dan tiada pencemaran . macam kawasan kampung-kampung gitu...confirm korang tak menyesal kalau pergi sana :)) lepas je turun dari bot tu masuk bas rasa lapar sangat..almaklumlah masa otw balik tu sejuk lah juga dalam bot tu. well, atas antara gunung-gunung berapi............bawah tasik toba tu sebenarnya kawah gunung berapi.
*boleh tahan sedap juga makan dekat sini.. sebab masakan dia power dan masa kitaorang pergi kedai tu full dengan orang..kebanyakkannya orang malaysia.*
selepas makan, perjalanan diteruskan lagi menuju ke simarjarunjung hill (berbelit lidah menyebutnya) .. ketinggian lebih kurang 1800 meter dari paras laut.........dan sangat lah sejuk !!! tapi aku still cool je. even pakai t-shirt..hehehe . tapi best lah dekat atas sana. pemandangan dia cantik sangat.
*ibu dan ayah*
*ibu dan adik*
*aku selfie sendiri pakai monopod . tapi macam orang lain yang ambilkan kannn??? julie kata pemandangan dia macam kat switzerland.....ehhhhh...salah ejaan ehh..hahahaha*
*diaorang minum teh dekat satu tempat atas simarjarunjung hill, aku lak selfie..yelahhh....malas nak minum*
*depan bas, adik aku sempat lagi bergambar dengan ayah aku xp *
*ibu sempat nak bergambar dengan bunga tu xp*
*jangan tanya mengapa aku tiada dalam gambar..aku sedih nihhhh........sebabnya kerana aku terpaksa jadi jurukamera anda semua..kamera datang kepadaku..tsk tsk.....aku mengalah..cewahhhh..jangan buat drama okay !!! *
dahhh, turun semula ke bawah, takde lah bawah mana, cuma menuju ke berastagi, tempat suku kaum batak karo. keistimewaan batak karo adalah mempunyai rupa paras yang cantik. agak cantik lah juga aku tengok...hehe.
*suasana perjalanan ke berastagi. lama juga tau..sekitar 4 jam..aku bosan deh masa tuuuu....sedih betul. aku duduk dalam bas berseorang tanpa wifi atau internet. ughh...aku malas nak beli simcard sana sebab rasa macam membazir je kalau beli even simcard sana murah sangat berbanding di malaysia.*
sebelum sampai ke hotel, shopping di air terjun sipiso-piso. shopping baju dengan topi je di sana. dan tiada satu gambar pun aku ambik dekat sana disebabkan keasyikan bershopping..hehehe. lagipun dekat sana ada anjing berkeliaran dekat sana, so aku nih dah lah seram sikit dengan anjing nih..so aku ikut saje family ke mana-mana.
*sampai sudah di hotel ketiga untuk malam ketiga. Green Garden Hotel, hotel bertaraf 4 bintang nih sangat cantik pemandangan dari luar. aku suka sangat hotel nih ! maaflah gambar agak goyang sedikit.*
*makan malam di hotel ini...sedapppp.......*
*lepas makan, aku usha hotel nih.. so itu lah hasil pemandangan hotel tersebut pada waktu malam. cantik kannnn??*
*kalau aku dekat medan, aku buat muka tak malu je mintak password wifi. dan itu lah password wifi sana. aku sanggup duduk dekat lobby hotel semata2 nak kan wifi nya.....*
HARI KEEMPAT
*depan bilik dekat hotel greengarden hotel*
*selfie depan lobby hotel guna monopod. aku pakai baju orang medan tuhh, tapi tak sanggup aku memakainya di malaysia keranan malaysia agak PANAS*
*lepak dahulu di lobby*
*gambar dibuat kenangan . ibu aku dah suka menangkap gambar .hahaha*
kemudian , teruskan lagi perjalanan menuju ke pasar buah. di mana jual banyak buah. tapi aku tak pergi beli buah, namun beli baju lagi..hehehe..entah berapa banyak baju lah aku shopping, topi pun dibelinya...
*topi yang dibeli dalam 35ribu rupiah *
selepas habis jelajah ke berastagi, time to say bye2 and back to medan. tiada lagi kesejukan. sumpah rindu. arghh...yang tak bestnya dah dekat nak balik..betapa sedihnya :'( sampai di medan dalam linkungan tengahhari. jadi kita makan lagi ye...
*jus buah markisar paling sedap pernah aku rasa dalam hidup aku. pekat dan masam. i like it.*
*fashion outlet di mana barang berjenama di sana. memang mahal sama rate harga dengan malaysia, jadi kitaorang masuk dan usha2 je*
kemudian kitaorang dibawa ke medan mall, diberi 3 jam . huhhh, lama........tapi tempat tu yang paling bosan dan tidak menarik.baju pun takde yang menepati cita rasa. last2 lepak dekat dunkin donut dan beli baskin robbin .
*kebosanan yang amat -_-*
kemudian, makan malam menjelma. julie tanya mahu makan dimana, nak cuba daging rusa.? so masing2 okay. dan kitaorang dibawa makan ke satu rumah makan china muslim rasanya. dan disitu lah buat kali pertama merasa daging rusa. not bad lah .
*semua menunggu makanan*
*teh china yang sungguh tidak menepati citarasa aku, takde rasa .ugh*
*akhirnya aku memesan jus markisar. agak sedap, tapi cair.tapi still boleh aku minum. *
masa menuju ke hotel, malam terakhir di medan dan juga merupakan malam minggu di sana. muda-mudi ramai keluar pada malam tu..kenapa aku tak bolehhh? tsk tsk...
*hotel keempat yang dinamakan hotel madani. hotel madani yang bertarafkan empat bintang dan merupakan hotel pertama berasaskan islam yg merupakan 4 bintang kalau tak silap aku. meeting macam dari negara2 islam lain banyak dibuat dekat sini. di samping mempunyai kedudukan yang strategik, ia juga ada tawarkan khidmat salun, dan banyak lagi lah. so kalau korang nak ke medan, ambik lah hotel nih ye...penyambut tetamunya pun handsome belaka...wkwkwkw*
*menunggu kunci . okay. bukan pakai kunci, tapi kad*
*disebabkan malam terakhir,mana syok tidur awal2. so aku dengan family mengambil keputusan untuk berjalan2 ke yuki pasar raya bersebelahan hotel madani. di sini lah banyak baju2 yang taste aku terkena..agak cantik dan paling penting tak ramai orang dan tak sesak. benci oh sesak2 . tak bebas nak berjalan sana sini.*
*selfie lagi*
HARI TERAKHIR :(
hari terakhir, dah nak balik malaysia . lepastu exam. paper sej 3 pula tu.mana tak tension nya.
*depan lif dan depan bilik kitaorang ada pemandangan tu, so jadi model lah lagi*
*sebelum meninggalkan lebih jauh bandar medan , kami singgah ke pasar ikan di mana jual baju, bukannya ikan. aku pun tak tahu asal digelar "pasar ikan" kat sini lah banyak cipta kenangan . dan seharian aku berjalan dengan budak tu. dah rapat konon....siap tanya nama aku bagai. dalam bas siap usha buku aku..hahaha. yg tak boleh blah, dy suka sangat usik aku........ errr..nasib la aku fikir kau nih baya adik aku je...hahaa*
*polonia airport again. bye medan.......*
*tiada orang sangat di polonia airport*
*kat polonia airport nih je boleh pilih seat mana yang korang suka sebab lengang sangat*
*bila dekat LCCT, fuhhhhhh......betapa panjangnya barisan nak masuk . patutlah banyak pendatang asing kerana tak sanggup nak menghadapi kepayahan beratur yang sangat ramai.*
*ini yang ku bawa dari sana. dah habis dah pun sekarang xp
selesai sudah. semua hanya tinggal kenangan. inshaAllah, kalau ada rezeki, awal tahun depan mahu ke bandung pula...okay..setakat tu je..byeeeeeee
Trip To Medan (4 Days 4 Nights) -2-
berbalik kepada tadi, hari ketiga kan............ kitaorang akan ke pulau samosir, semua orang aku tengok macam kesejukan je, aku je yang rileks terlebih. pakai t-shirt dengan inner je..hahaha....bagi aku, kesejukan kat danau toba tu takde lah sejuk mana. still tahap normal.
*ke samosir ke kita*
*di dalam bot tersebut . ayah aku siap pakai baju sejuk sebab kesejukan.*
*selfie satttt...aku bosan duduk dalam bot nih. lebih kurang 45minit untuk sampai ke tempat yang dituju*
*adik aku taknak selfie masa tu. tengah takde mood lah tu -_-
*video orang batak toba menyanyi. artis yang nama dia judika pun berasal dari suku batak.*
*setiba di perkampungan tomok salah sebuah di pulau samosir*
*demonstrasi memotong kepala. kesian pakcik rashid menjadi bahan eksperimen. kak julie aka tourist guide yang sentiasa betul la sangat...hahahaa*
*shopping shopping......bukan shopping mana pun. adik aku tunjuk jarak pulang...cehhhh*
*contoh rumah suku kaum batak*
*saja ambil gambar batu nih xp*
BERSAMBUNG...........
Trip To Medan (4 Days 4 Nights) -1- Friday, 23 May 2014 | 0 Miku(s)
buat kali pertama bercuti . sekali bercuti terus sampai ke medan, indonesia. tak lah jauh macam orang lain pergi . tapi bahagia juga ke sana :)) . mesti ada yang tertanya-tanya mengapa 4hari 4malam . sebab........flight aku kena waktu malam. jadi, sampai ke medan tengah malam. okay, sebenarnya tengah pagi...hehehe. HARI PERTAMA (MALAM)
*sampai di polonia airport lebih kurang pukul 10pm waktu tempatan (indonesia) jam di sana lewat sejam dari malaysia tapi dari keadaan masa, memang sana cepat gelap dari malaysia, muka sumpah mengantuk .mata dah tak larat fikir nak makan je .hahahhaa *
*kfc di medan ada cc percuma...cehhhhh.......tapi aku geramnya wifi tak dapat buka di sana.. memangnya wifi sana bukannya 24 jam ke? ughhh.......*
*dalam pukul 11 lebih waktu tempatan..so adik aku memang mengantuk sangat..biasalah budak2 tidur awal*
*selfie lagi*
HARI KEDUA
*selfie sekeluarga di dalam bilik hotel alpha inn, kepada yang bakal bercuti ke medan, jangan lah pergi ke hotel ni..aku tak suka makanan sarapan dia...ughh..tak sedap !! nasi goreng kicap yg paling tak suka bagi aku lahhhhhh..hahaha*
*aku memang suka selfie. dalam bas pun selfie..hehehe....*
*istana maimoon di hati . cehhhh*
*my mom and I* -speaking tetiba-
selepas habis berjalan-jalan dan mengetahui kisah sejarah istana maimoon, kita orang pun pergi ke kedai wajir salah satu tempat harus pergi dan wajib pergi. dekat sana agak selesa sebab dapat shopping ber aircond dan barangan seperti kain-kain, telekung, dan kain batik takde lah mahal mana berbanding di malaysia.........dan kualiti kainnya pun agak cantik....walaupun aku tak tahu bagaimana kualitinya...hahahaa
*penjual jalanan selalu mengikuti kami di sana . tsk tsk :'( *
*yang kiri tu kek lapis legit, yang kanan tu bika ambun. kalau ke sana , beli lah kek lapis sebab ianya lagi sedap daripada bika ambun tu..hehehe*
sudah tiba masa makan tengahhari..............kami makan di rumah makan simpang tiga..dan betapa bersyukurnya aku apabila makan di sana kerana dapat juga makan makanan yang sama citarasa dengan selera aku iaitu pedas dan bukannya kicapppp. okay abaikan kicap..kat sana ada sambal belacan dengan sambal kicap yang penting dua2 aku tak suka , sebab rasanya berbeza sangat dengan malaysia nya...hehehe.maaflah, kekadang aku nih cerewet sikit pasal makanan.
*yumyummmmm....sedapp..aku melantak banyak...huhu*
*lepas makan selfie dulu*
*kemudian teruskan perjalanan ke toko paten yang menjual ting-ting , tang-tang dan lain2. kat sini sejenis makanan yg diproseskan daripada kacang . boleh taste lagi rasanya. boleh tahan !! satu kotak tu harga dia 25,000 rupiah lebih kurang RM8 (anggaran je okay!)*
sebenarnya, kitaorang menuju dari medan ke danau toba. mengambil masa lebih kurang sekitar 5 jam, tu pun kalau jalan tak jem. masa tu 1/5 , jadi cuti hari pekerja .so jalan tak lah sesibuk mana.. kemudian kitaorang pergi ke penatapan. penatapan ni akan ada sekitar jalan tu, ada rumah makan macam untuk korang minum teh ke kopi ke sambil melihat pemandangan tasik toba. untuk pengetahuan korang tasik toba ni antara tasik terbesar . cuba google untuk mengetahui banyak maklumat lagi.
*pemandangan atas ke bawah iaitu tasik toba. so nice lahhh*
setelah sekian lama duduk dalam bas yang sangat sejukkkk, akhirnya kami tiba di hotel . hotel kedua kitaorang pada malam ini adalah danau toba cottage international, cantik sangat pemandangan depan hotel nih. antara hotel fav kalau orang nak ke danau toba...
*pemandangan malam , semuanya gelap sahaja :/
HARI KETIGA mari menuju ke pulau samosir . huyeayyy ~~ haaa, untuk pengetahun korang, kitaorang dah sampai di perkampungan orang batak. orang batak ni ada lima jenis, batak simalungun, batak toba (di danau toba), batak karo (di berastagi), batak *tak ingat* hehe, batak mandailing. .
*mari kita ke samosir*
*jom makan*
*semua sibuk makan
BERSAMBUNG..............
|